Mulai 1 Januari depan, cabutan khas atau istimewa nombor ramalan empat digit (4D) dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali.
Ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya pada Isnin.
Pada tahun 2021, kerajaan telah memberikan kebenaran syarikat terbabit mengadakan 22 cabutan khas untuk nombor 4D tahun ini, tiga kali ganda daripada biasa.